Ahad – Khamis: 9:00 AM – 5:00 PM | Sabtu: 10:00 AM – 5:00 PM
014-924 5406
Neuro
60 Minit setiap sesi (1-to-1)

Pemulihan Strok & Neuro-Mobiliti

Rangsang semula laluan saraf otak (neuroplasticity) untuk kemandirian diri pesakit

Pemulihan strok memerlukan ketekunan dan kaedah rangsangan neuro-fisioterapi yang terbukti. Melalui prinsip neuroplasticity, otak berupaya membina laluan saraf baru untuk menggantikan fungsi yang terjejas. Pasukan fisioterapis kami membimbing pesakit langkah demi langkah dengan penuh kesabaran, dari kawalan imbangan di atas katil, latihan berdiri dengan sokongan, hingga pesakit berupaya berjalan sendiri.

Gejala Yang Sering Dialami

  • Kelemahan atau lumpuh separuh badan (kaki dan tangan)
  • Spastisiti (kekejangan otot yang mengecut secara tidak terkawal)
  • Hilang keseimbangan badan dan risiko kerap jatuh
  • Sukar memegang sudu atau mengangkat cawan

Program Ini Sangat Sesuai Untuk

  • Pesakit strok fasa sub-akut atau kronik yang ingin meningkatkan kemandirian
  • Individu dengan hemiparesis (kelemahan sebelah badan)
  • Pesakit yang mengalami foot drop (kaki terseret semasa berjalan)
  • Keluarga yang memerlukan bimbingan teknik mengangkat dan mengurus pesakit di rumah

Langkah Rawatan & Terapi Di mechaXPAIN

1. Kawalan Tonus Otot & Pengurangan Spastisiti

Regangan terapeutik berterusan untuk melembutkan kekakuan otot dan mencegah kontraktur sendi.

2. Latihan Pemindahan Berat & Imbangan Duduk-Berdiri

Melatih semula kawalan otot teras dan kestabilan pelvis untuk berdiri tegak.

3. Gait Retraining & Re-education Berjalan

Latihan melangkah menggunakan palang selari atau harness dengan pembetulan fasa ayunan kaki.

4. Latihan Kemahiran Harian & Latihan Penjaga

Mendidik waris teknik pemindahan yang betul dan senaman rangsangan harian di rumah.

Bukti Rakaman Sebenar Rawatan Ini
5.0
5 Tahun Stroke: Sedang Belajar Berdiri Tanpa Pegang Support!
Rakaman AsliHASIL NYATA

5 Tahun Stroke: Sedang Belajar Berdiri Tanpa Pegang Support!

“Selepas 5 tahun strok dan berdepan komplikasi cervical myelopathy, kini dengan bimbingan fisioterapi biomekanik mechaXPAIN beliau berjaya berdiri sendiri dengan seimbang tanpa perlu memegang sokongan atau bergantung pada orang lain.”

Mampu berdiri stabil sendiri tanpa support selepas 5 tahun strok
Pak Cik Salleh, 64 tahun • Kota Bharu Disahkan Pesakit
Bukti Rakaman Sebenar Rawatan Ini
5.0
Strok: Dah Boleh Tekan Tangan & Aktifkan Anggota Lumpuh!
Rakaman AsliHASIL NYATA

Strok: Dah Boleh Tekan Tangan & Aktifkan Anggota Lumpuh!

“Sebelum ini tangan bahagian strok terkulai lemah dan tidak berupaya menampung beban badan. Melalui teknik rangsangan neuro-fisioterapi mechaXPAIN, pesakit kini dilatih menggunakan semula bahagian yang terkena strok supaya saraf 'hidup' kembali dan sudah berupaya menekan tangan ke atas tilam.”

Dah boleh menekan tangan menampung badan & saraf anggota strok kembali 'hidup'
Tuan Haji Razak, 61 tahun • Kota Bharu Disahkan Pesakit

Hasil & Faedah Selepas Program Rawatan

Meningkatkan keyakinan pesakit untuk berdikari mengurus diri
Memulihkan keupayaan melangkah dan mengurangkan kebergantungan pada kerusi roda
Meringankan beban fizikal dan emosi ahli keluarga penjaga
Mencegah komplikasi sekunder seperti kekejangan otot kekal atau luka baring

Sedia untuk bebas daripada kesakitan ini?

Tempah konsultasi 1-on-1 bersama fisioterapis bertauliah.

WhatsApp Slot Anda